Apa Itu Pelancongan?
Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan.
Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak- pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi.Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitutornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka danindustri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yangmeluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yangdimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan industri ini.Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongansebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.”Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertianyang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya. Kelima-lima elemen itu adalah persekitaran, manusia
kawasan, ekonomi dan
dinamik.Memandangkan pelancongan itu sendiri ditafsirkan berbeza-beza mengikut
perspektif atau school of thought masing-masing, sehingga kini masih wujud
pelbagai definisi pelancongan. Istilah pelancongan menurut WTO atau World
Tourism Organization merujuk kepada, “Aktiviti pengembaraan seseorang individu
ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ
tidak lebih daripada setahun bagitujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.”
Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan
sebagai pelanconganantarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan
pelancongankebangsaan. Pelancongan antarabangsa melibatkan dua
aspek pelancongan iaitu:
1. Melancong dalam negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan ke destinasituan rumah yang dibuat oleh individu yang berasal dari destinasi lain. Sebagai contoh,Malaysia sebagai tuan rumah menerima kunjungan daripada pelancong Eropah.Pelancong Eropah yang datang ke Malaysia dikenali sebagai pelancong dalam negara.
2. Melancong luar negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi selain dari tempat asal mereka. Contohnya, pelancong Malaysiayang melancong ke Australia dan New Zealand adalah pelancong luar negara.Pelancongan dalaman pula merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi yang sama dalam kawasan destinasi asal mereka. Contohnya,rakyat negeri Kedah yang berasal dari Alor Setar membuat lawatan ke PulauLangkawi, juga terletak dalam negeri Kedah. Pelancongan domestik merujuk kepada pelancongan dalaman dan dalam negara. Contohnya, sebagai rakyat negeri Perak, kitamenerima kunjungan dan lawatan rakyat negeri Melaka. Pelancong Melaka itudikenali sebagai pelancong domestik.Oleh itu, pemasaran pelancongan yang perlu ditekan di sini adalah kemudahan penginapan dan tempat tarikan di negeri Perak. Manakala pelancongan kebangsaan pula merujuk kepada pelancongan dalaman dan luar negara. Sebagai contoh,kunjungan kita sebagai rakyat negeri Perak ke negeri Melaka. Pemasaran pelanconganyang perlu ditekan di sini adalah kemudahan pengangkutan dan agensi pengembaraan.Wujudnya pelbagai pemahaman dan pengertian pelancongan akhirnya membawakepada kekaburan definisi pelancongan itu sendiri. Malah, sehingga kini, masih ramaiyang cuba mengetengahkan definisi mengikut pandangan masing-masing.Suatu definisi lengkap yang sudah dan masih diguna pakai dalam memahami erti pelancongan sebenar dibariskan oleh McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurut mereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibatdaripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selakutuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan kesuatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dansebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama dalam pengertian pelancongan iaitu:
1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.
2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di samping memenuhi permintaan pelancong.
3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi sama ada berbentuk pendapatan tuan rumah ataupun pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.
4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih disamping menjaga budaya masyarakat destinasi itu.Jelas di sini apabila memperkatakan pelancongan, aspek yang perlu diberi penekananadalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti katalain, keempat-empat elemen itu perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Melancong ke destinasi yang ekonominya dikawal oleh kerajaan secara tidak langsung pelancong juga mewujudkan hubungan dengan tuan rumah selaku komuniti destinasi itu.Jenis-jenis PelancongJenis-jenis pelancong wujud akibat daripada pengertian yang luas mengenai pelancongan itu sendiri. Secara khususnya, jenis-jenis pelancong atau dikenali sebagaitipologi pelancong dibincangkan secara mendalam dalam bab seterusnya.
Dalam pelancongan, individu yang terlibat dikategorikan kepada dua iaitu penduduk setempat dan pelawat. Apabila kedua-duanya mengembara, wujudlah istilah pengembara. Pengembara pula dapat dilihat dalam dua aspek iaitu mereka yang mengembara dalam skop pelancongan dan mereka yang mengembara bertujuanmemenuhi aktiviti lain. Mengikut perspektif pelancongan, mereka yang mengembaradalam skop pelancongan dikenali sebagai pelancong.Dalam masa yang sama sekiranya mereka mengembara dan kembali semula ke tempatasal mereka tanpa menginap atau dengan kata lain pergi-balik pada hari yang sama,mereka ini dikenali sebagai pelawat harian atau excursionists. Biasanya mereka inimelibatkan pelancongan dalaman dan bukannya pelancongan antarabangsa. Bagimereka yang mengembara bertujuan memenuhi aktiviti lain, pelancong-pelancong ini mungkin terdiri daripada pelajar, pekerja sementara dan juga pendatang bergantungkepada tujuan lawatan itu.Pelancong biasanya melancong ke suatu destinasi bertujuan memenuhi beberapaaktiviti antaranya tujuan perniagaan, melawat kawan dan keluarga atau serta berhibur.Tujuan mereka melancong ini seterusnya mewujudkan kategori dan jenis pelancongdalam industri pelancongan. WTO dan Travel and Tourism Research Organization juga mempunyai tipologi pelancong masing-masing (lihat Rajah 1.3). Jenis-jenis pelancong lain di mana kategori mereka ditentukan oleh faktor motivasi akan
dibincangkan secara mendalam di bab yang seterusnya. Produk ataupun Perkhidmatan dan Aktiviti Pelancongan. Bagi melengkapkan industri pelancongan, pembekal perlu membekal serta menawarkan produk ataupun perkhidmatan pelancongan kepada pelancong. Aktiviti pelancongan pula sebenarnya merujuk kepada sektor-sektor atau organisasi yang membekalkan produk ataupun pelancongan itu. Terdapat tiga sektor utama yang menawarkan pelbagai produk ataupun perkhidmatan serta aktiviti pelancongan dalam industri pelancongan. Sektor-sektor ini adalah sektor penginapan, sektor pengangkutan dan sektor membeli-belah dan rekreasi. Sektor penginapan Oleh kerana pelancong itu sendiri membawa maksud ke luar dari tempat tinggal asal,maka ia juga membawa maksud pelancong menginap di tempat itu. Di sini jelas sektor penginapan penting bagi memenuhi keperluan pelancong. Sektor penginapan juga menawarkan pelbagai bentuk penginapan dan makanan kepada pelancong.Antara jenis penginapan yang ditawarkan kepada pelancong adalah yang berbentuk tidak perlu dibayar ataupun perlu bayaran yang murah seperti hostel atau asrama sekolah. Selain itu, ada juga yang menawarkan perkhidmatan sepenuhnya contohnya yangditawarkan oleh kebanyakan hotel atau resort. Jenis penginapan juga ada yang berbentuk sewaan seperti banglo dan apartmen di A Famosa Resort, Melaka. Malah,di Eropah, sektor penginapan berbentuk bergerak juga ada ditawarkan seperti caravan.Selain itu, sektor penginapan juga menawarkan penginapan di mana bergantung padatujuan penginapan itu antaranya perkhemahan bagi mereka yang ingin merasakan percutian lasak di dalam hutan dan sebagainya.Sektor pengangkutanSektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong sampaike destinasi yang hendak dituju. Malah, sektor pengangkutan masa kini adalah salahsatu produk yang ditawarkan dalam industri pelancongan. Terdapat pelbagai mod pengangkutan antaranya jalan raya, air, udara dan landasan. Pengangkutan yang berdasarkan mod jalan raya lebih mudah ditawarkan kerana ia banyak digunakanmasa kini memandangkan kos penggunaannya juga lebih murah. Malah, bagi tujuan pelancongan masa kini, penggunaan bas ekspres sering kali digunakan terutamanyaoleh mereka yang melancong secara berkumpulan.Mod pengangkutan udara walaupun mahal tetapi penting kerana ia dapatmenghubungkan destinasi yang tidak mempunyai mod pengangkutan jalan raya danair. Penggunaan pengangkutan udara juga dapat menjimatkan masa terutamanya perjalanan antarabangsa. Mod pengangkutan air pada masa kini lebih kerap digunakan dalam pelancongan bagi tujuan berehat dan berhibur. Ini terbukti dengan wujudnyakapal pelayaran.Pemilihan pelancong dalam memilih mod pengangkutan dipengaruhi oleh beberapaaspek. Antaranya, pelancong lebih cenderung memilih pengangkutan mengikut jarak
destinasi yang hendak mereka kunjungi. Pelancong juga lebih cenderung memilih mod pengangkutan yang dapat menawarkan keselesaan dan mempunyai status yang tinggi. Selain itu, pelancong lebih menitik beratkan aspek keselamatan dan hargadalam memilih mod pengangkutan. Ini memandangkan industri pelancongan masakini sering kali tergugat oleh faktor-faktor di luar jangkaan seperti pengganas dan bencana alam.Sektor membeli-belah dan rekreasi selain daripada dua sektor yang dibincangkan di atas, sektor membeli-belah dan rekreasi juga adalah sektor yang menawarkan pelbagai produk ataupun perkhidmatan pelancongan kepada pelancong. Antaranya kedai menjual cenderamata, kedai menjual hasil kraf tangan, pesta pelancongan, acara tarikan pelancongan serta aktiviti rekreasi dan bersukan. Biasanya penawaran dan pemasaran produk ataupun perkhidmatan ini memerlukan khidmat agensi pengembaraan dan juga pemandu pelancong. Malah, peranan pemandu pelancong adalah penting bagi menjayakan sesuatu tempat tarikan atau tempat rekreasi terutamanya yang melibatkan pelancong luar destinasi itu. Sektor membeli-belah dan rekreasi juga memberi impak yang besar ke ataskewujudan produk-produk pelancongan baru seperti pelancongan kesihatan, pelancongan budaya, pe-lancongan etika, pelancongan sukan, pelancongan angkasa dan sebagainya. Produk-produk ini bukan sahaja dapat menambah penawaran dalam pasaran pelancongan tetapi juga dapat meningkatkan ekonomi sesebuah destinasi disamping dapat memperkenalkan destinasi itu di mata dunia.
Secara amnya membincangkan pengertian pelancongan dan mereka yang bergelar pelancong. Pelancongan adalah industri yang terdiri daripada pelancong, Sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibat secara langsung dalam membentuk sebuah industri. Pelancongan tidak wujud tanpa adanya pelancong dan sektor-sektor itu. Malah, pelancong adalah ejen penting yang menentukan sama ada industri pelancongan terus berkembang ataupun sebaliknya.Oleh itu, definisi pelancongan perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat kerana kekaburan pengertiannya boleh memberi impak yang negatif ke atas persekitaran, sosiobudaya dan komuniti. Sektor-sektor yang terlibat dalam menawarkan produk ataupun perkhidmatan pelancongan juga perlu dititik beratkan kerana merekalah yang berperanan dalam mewujudkan suatu persekitaran pemasaran yang global.

No comments:
Post a Comment